TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

 

 
 

KERJA MENGGEGAS.


PENGIKIS.

PENGENALAN.

Mengikis merupakan kaedah membuang tompok-tompok logam yang tertingi sedikit daripada aras permukaan benda kerja atau ketidakseragaman permukaan yang dilakukan dengan menggunakan alatan tangan.

Tujuan kerja mengikis ini dilakukan adalah untuk;

  1. Mendapatkan permukaan yang benar-benar rata dan tidak boleh dibuat dengan menggunakan mesin atau alat-alat lain keraan terdapat:
    • Kesan calar daripada mata alat.
    • Kesan yang disebabkan oleh pengapit, ini disebabkan oleh kekerasan bahan yang tidak sama rata.
    • Kecacatan akibat mata alat yang haus.
    • Kesan melinding dan herotan selepas memesin.
  1. Mendapatkan bahagian yang sesuai dan baik untuk bahagian-bahagian mesin berkesot seperti landasan mesin pelarik.
  2. Menyesuaikan permukaan pasangan benda kerja yang melengkung seperti galas dan acinya.
  3. Mendapatkan rongga-rongga untuk minyak berkumpul, dengan ini boleh mengurangkan kesan daripada sentuhan permukaan.

JENIS PENGIKIS.

Terdapat tiga jenis pengikir yang lazim digunakan di bengkel-bengkel iaitu:

  1. Pengikis rata.
  2. Pengikis segi tiga.
  3. Pengikis belah rotan

1) Pengikis Rata.

Kegunaan utama pengikis rata ialah untuk mengikis permukaan yang rata untuk menyesuaikan bentuk permukaan samada sempit atau luas. Terdapat tiga bentuk hujung mata pengikis rata:

  1. Hujung Bersegi.

Bentuknya bersegi tepat

  1. Hujung Cangkuk.

Bentuk mata ini hampir sama dengan bentuk rata tetepai bahagian hujungnya dibengkokkan. Ia digunakan untuk mengikis bahagian tengah permukaan benda kerja yang luas.

  1. Hujung melengkung.

Badannya tirus dan hujungnya melengkung untuk mengelakkan daripada terpotong lebih atau terdalam pada penjuru benda kerja. Ini sesuai digunakan untuk mengikis bahagian tepi sudut.

 

2) Pengikis Segi tiga.

Pengikis segi tiga digunakan untuk mengikis permukaan melengkung berlubang atau membuang sisip pada tepi lubang atau sesendal. Terdapat dua jenis Pengikis Segi tiga yang biasa digunakan iaitu:

  1. Pengikis Segi tiga satu hulu.

Pengikis ini digunakan untuk kerja-kerja biasa seperti mengikis permukaan sesendal.

  1. Pengikis Segi tiga dua hulu.

Digunakan untuk mengikis permukaan benda kerja yang luas dan membuang banyak bahan tanpa menggunakan tenaga yang lebih.

 

3) Pengikis Belah Rotan.

Pengikis bewlah rotan digunakan untuk mengikis permukaan yang melengkung dan pearmukaan silinder seperti bearing pisah, sesendal dan bearing.

 

 

 
 

 

Back to top