TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

 

   

PELULAS

PENGENALAN.

Disebabkan lubang yang dibuat oleh gerudi tidak begitu tinggi ketepatan saiznya dan kehalusan permukaan lubangnya, pelulas boleh mengatasi masalah ini. Pelulas bukanlah memotong bahan dengan banyaknya seperti gerudi sebaliknya ia hanyalah melulas sedikit bahan atau membesarkan bahan yang digerudi. Pelulas ini dikegorikan sebagai pemotong jitu kerana:

  1. Menghasilkan ketepatan saiz lubang yang tinggi, umpamanya bagi garis pusat 12 mm ketepatan pada had 0.01 mm.
  2. Membuang permukaan yang ketaksekataan seterusnya menghasilkan bentuk lubang yang betul-betul bulat dan tepat.
  3. Tindakan matanya mengikis dan meluas dapat menghasilkan permukaan lubang yang licin dan halus.

Melulas juga boleh dikatakan sebagai kerja penyudahan dalam kerja mesin kerana in dijalankan selepas kerja mengerudi dilakukan. Walau bagaimanapun banyak bahan yang boleh dibuang dengan alat ini bergantung pada;

  1. Sudahan yang dikehendaki.
  2. Bahan benda kerja.
  3. Reka bentuk pelulas.
  4. Penghantaran yang digunakan.
  5. Dalamnya lubang.

Kerja ini dulakukan dengan tangan dan mesin. Pelulas yang menggunakan tangan disebut Pelulas Tangan sementara pelulas yang menggunakan mesin disebut Pelulas Mesin. Pelulas ini berbeza dengan alat pemotong yang lain.

BAHAGIAN-BAHAGIAN PELULAS.

BADAN.

 

1. Bahagian Tirus

Bahagian hujung dibuat tirus antara 2°-10° dan di bahagian hujungnya sekali dipotong

serong 45°. Tujuannya ialah untuk memudahkan pelulas masuk dan ditegakkan pada

lubang untuk memulakan lelasan.

 

2. Lurah.

Ia berfungsi untuk membebaskan serpihan logam dan membolehkan cecair penyejuk

dan cecair pelincir sampai ke pinggir pemotongan. Lurah-lurah ini mempunyai pic

yang tidak tetap. Bagi mengelakkan pelulas meninggalkan kesan pada permukaan

lubang.

 

3. Pinggir Pemotongan.

Bahagian ini terdapat pada bahagian yang ditiruskan semantara bahagian yang lurus

berfungsi melicinkan lubang dan menjajar-diri (self-alignment) dengan paksi lubang.


 

BATANG

1. Batang Lurus.

Untuk pelulas tangan, batangnya mempunyai hujung yang berbentuk segiempat sama

supaya ia boleh diputar denga perengkuh tap.

 

2. Batang Tirus.

Batang jenis ini hanya terdapat pelulas mesin sahaja. Ini membolehkan ia dipegang dalam spindal mesin. Tieusnya terdiri daripada jenis tirus morse.

 

 

 

 
   

Back to top