Make your own free website on Tripod.com

Pembinaan Semula Pendidikan dalam

Zaman Sebelum Merdeka


 


 

Semenanjung Tanah Melayu tercebur ke dalam Peperangan Dunia Kedua dalam talum 1940-an. Serangan tentera jepun terhadap Malaya bermula di utara melalui Negeri Thai dan bergerak ke selatan menuju Singapura. Pada tahun 1942, perkara yang tidak dapat dielakkan telah berlaku, iaitu tentera Inggeris terpaksa menyerahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura kepada jepun. Maka bermulalah pemerintahan jepun di Malaya dan Singapura yang berakhir pada tahun 1945. Dalarn zaman inilah empat sistem persekolahan yang telah bermula dalam zaman penjajahan Inggeris terhenti fungsinya. Hal ini tidaklah bermakna bahawa tidak ada lang sung perkhidmatan pendidikan dalamjangka masa pemerintahan jepun tersebut. Sekolah yang terus bedalan pada masa itu terpaksa mengajarkan bahasa jepun sahaja. Pemerintahan jepun tersebut pendek usianya dan berakhir pada bulan Ogos, 1945. Malaya kemudian terserah di bawah takluk pemerintahan Pentadbiran Tentera Inggeris schingga terbentuknya Malayan Union pada tahun 1946. Gagasan Malayan Union ini menimbulkan kemarahan dan protes masyarakat Melayu sebagai mana yang telah diterangkan dalam Bab 1. Sebagai hasil dari protes ini. maka Malayan Union dibubarkan dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948. Semangat kebangsaan berkobar-kobar di seluruh Asia Tenggara pada pertengahan tahun 1940-an. Negara-negara, yang dijajah sedang bergerak untuk mendapatkan kemerdekaan.


 

Kemerdekaan untuk Malaya tidak dapat ditolak lagi, kerana sebarang keraguan penjajah untuk memberikan kemerdekaan akan dianggap semata-mata sebagai helah untuk memanjangkan kuasa demi kepentingannya sendiri, yang tidak akan dapat berlanjutan.' Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan dengan ini timbullah tugas penting untuk membina pendidikan negara semula. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalarn Bab 2, semenjak awal kurun yang kesembilan belas hinggalah tercetusnya Peperangan Dunia Kedua, Pentadbiran Inggeris telah membentuk empat sistem persekolahan-Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris. Sistem persekolahan ini bolehlah dianggap mempunyai asas yang kukuh. Sistern inilah yang telah mengasing-asingkan berbagaibagai kaum ke dalam jenis-jenis sekolah yang berlainan. Sistem ini ternyata hanya memupuk sikap perkauman. Pendeknya, sernasa mencapai kemerdekaan Malaya mewarisi sistem pendidikan daripada Pentadbiran Inggeris yang telah menyemaikan benih perpecahan. Benih perpecahan ini pasti berkembang dengan suburnya jika dibiarkan begitu sahaja. Negara-negara yang baru membangun di Asia Tenggara, termasuk Malaya, menganggap pendidikan sebagai cara utama, untuk menimbulkan kesedaran kebangsaan. Oleh itu, pembinaan semula pendidikan di Malaya pada zaman sesudah merdeka bertujuan untuk menyatupadukan tiga kaum yang terbesar-Melayu, Cina dan India-supaya dapat membentuk satu rupa bangsa. Hal ini penting jika pemerintahan sendiri hendak berjaya. Sistern pendidikan yang terbentuk pada zaman penjajahan Inggeris ternyata tidak dapat membantu pencapaian matlamat tersebut, malah telah menjarakkan jurang perkauman penduduk di Tanah Melayu.


 

Oleh sebab itu, sistem pendidikan tersebut perlu dirombak semula, termasuklah kandungan pelajaran yang akan diajarkan di sekolah. Sebagai langkah permulaan, jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran (Central Advisory Committee on Education) dibentuk pada tahun 1949 'untuk menasihati kerajaan tentang dasar dan prinsip-prinsip umum yang perlu diikuti dalam pendidikan jawatankuasa tersebut 'mengusulkan dalam laporan pertamanya supaya matlamat akhir hendaklah membentuk bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Malaya. Usul ini mendapat tentangan hebat dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council). Sebagai kesannya, maka perkara utama yang mendapat perhatian kerajaan ialah peri mustahaknya rnengkaji pendidikan Melayu yang telah diabaikan pada zaman penjajah Inggeris dengan teliti. Oleh yang demikian, pada tahun 1950, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk meneliti kelengkapan ataupun kekurangan kemudahan pendidikan di Malaya, dengan mengutamakan usul yang terkandung dalarn Council Paper No. 68, 1949 dan juga dalarn Laporan Pertama jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran jawatankuasa ini disebut jawatankuasa Barnes dan laporannya lebih terkenal dengan nama Laporan Barnes, iaitu mengikut nama pengerusinya, Encik LJ. Barnes, Pengarah Latihan Kemasyarakatan, Universiti Oxford. Sebagai hasil penyelidikan tersebut, jawatankuasa Barnes telah mengusulkan agar matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai-bagai kaum. Oleh itu, sistem sekolah vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan diganti dengan satu jenis sekolah dasar yang sama untuk semua kaum. Sekolah ini disebut Sekolah Kebangsaan. jawatankuasa tersebut seterusnya mengusulkan bahawa Sekolah Kebangsaan ini hendaklah menggunakan 'bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya, dan salah satu bahasa ini pula akan digunakan secara meluas sebagai bahasa kedua. Sekolah ini hendaklah juga menyediakan pendidikan dasar percurna kepada kanak-kanak yang berumur enam. tahun ke atas, selama enam tahun. Setelah tamat pendidikan dasar murid-murid akan meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah, dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Akhir sekali, jawatankuasa ini mengusulkan agar Sekolah Kebangsaan ini ditadbirkan dan dibiayai bersama oleh Penguasa. Pelajaran Setempat (Local Education Authority) dan kerajaan.


 

Nampaknya langkah selanjutnya yang difikirkan menasabah ialah menjalankan penyelidikan terhadap pendidikan Cina di Malaya. Maka pada tahun 1951, Sir Henry Gurney, ketika itu Pesuruhjaya Tinggi, melantik sebuah jawatankuasa yang kedua untuk tujuan tersebut. Dua orang penasihat dari luar negeri yang berpengalaman dalarn pendidikan Cina telah diundang untuk menjalankan penyelidikan asas tentang pendidikan Cina di Malaya dengan mengutamakan matlamat untuk merapatkan jurang perbezaan di antara sistern sekolah yang bercorak perkauman ketika itu dengan sistem yang diharapkan suatu ketika nanti bercorak perpaduan, dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu bahasa lain sebagai bahasa pilihan Penasihat-penasihat tersebut ialah Dr. W.P. Fenn, orang Amerika dari negara China dan Dr. Wu Teh Yau, pegawai Bangsa-bangsa Bersatu. Tugas jawatankuasa ini pun untuk memberikan nasihat tentang penyediaan buku-buku teks yang berlatarbelakangkan kehidupan di Malaya sebagai satu cara untuk mengasimilasikan keturunan Cina akan datang ke dalam masyarakat Malaya. Laporan jawatankuasa tersebut dikenal dengan nama Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa itu berpendapat 'bahawa jika bahasa MeIayu hendak dianggap sebagai hahasa rasmi, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, serta kaum Cina mempunyai peranan yang penting daIam pernbentukan kebudayaan negara; dan jika kaurn Cina memilih untuk menguasai tiga bahasa, maka hendaklah diberikan galakan'.` jawatankuasa ini seterusnya mengusulkan bahawa dasar pendidikan Malaya hendaklah disalurkan kepada matlamat membentuk kewarganegaraan Malaya. Oleh sebab itu, sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latarbelakang kehidupan masyarakat Malaya. jawatankuasa khas kemudian dibentuk pada tahun 1951 untuk mengkaji Laporan Barnes dan juga Laporan Fenn-Wu. Hasilnya telah dibincangkan dalam. Majlis Perundangan (Legislative Council). Jawatankuasa khas ini berpendapat seperti berikut:


 


 


 


 


 


 


 


 

Kami yakin bahawa matlamat pendidikan yang telah kami terima akan dapat tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan, dan kami telah juga membuat peruntukan untuk penubuhan sekolah-sekolah kebangsaan dalam draf Ordinan Pendidikan. Kami berpendapat bahawa fungsi Sekolah Kebangsaan ini ialah menyediakan kursus pendidikan dasar percuma selarna enam tahun berorientasikan kehidupan di Malaya, untuk kanak-kanak semua kaum. Kami berpendapat bahawa bahasa pengantar sekolah-sekolah ini hendaklah bahasa-bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan segala kemudahan hendaklah disediakan untuk mengajarkan bahasa Kuo Yu kepada kanak-kanak yang dikehendaki oleh ibu bapanya belajar bahasa tersebut dengan syarat bahawa terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid dalam mana-mana satu darjah yang ingin menggunakan kemudahan ini.


 

Sebagai hasil laporan jawatankuasa Khas ini, maka diluluskan Ordinan Pelajaran, 1952 yang menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai corak system persekolahan; bahasa Tamil dan bahasa Cina akan diajarkan sebagai bahasa ketiga tetapi Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada sistern persekolahan Kebangsaan.


 

Malangnya, rancangan yang dirangka dalam Ordinan Pelajaran 1952 itu menghadapi berbagai-bagai masalah untuk dilaksanakan. Aspek kewangan rancangan ini nampaknya kurang difikirkan dengan teliti. Kerajaan Persekutuan menghadapi kekurangan wang sebanyak $200 juta (M) daIam Anggaran Persekutuan bagi tahun 1954 dan kerajaan telah dinasihatkan oleh Perbendaharaan supaya tidak menambah peruntukan pendidikan bagi tahun 1955 dan bagi tahun-tahun selanjutnya.' Oleh hal yang demikian, Majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik sebuah jawatankuasa Khas untuk inencari jalan bagi melaksanakan dasar yang tercatit dalam Ordinan Pelajaran 1952 itu. jawatankuasa Khas itu membuat kesimpulan seperti berikut:


 

... untuk berbelanja mengikut had yang telah ditetapkan dalam peruntukan, nampaknya biaya kemajuan pendidikan hendaklah dimurahkan jika kita hendak mencapai matlamat memasukkan semua atau hampir semua kanak-kanak ke sekolah, ataupun diadakan penapisan yang rapi di semua peringkat persekolahan. Langkah pertama ini bermakna bahawa kos bagi seseorang kanak-kanak perlu dikurangkan, yang akan membawa kepada kejatuhan standard yang tidak dapat dielakkan. Langkah yang kedua lebih baik, kerana bukan sahaja praktikal, malah menasabah daripada segi pendidikan untuk menempatkan kanak-kanak mengikut kemampuan inteIek mereka berdasarkan pemilihan. Sekatan dan pemilihan ini hendaklah seiring dengan rancangan perkembangan pendidikan yang mustahak untuk kemajuan dan perpaduan negara.


 

Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini seterusnya menetapkan tiga objektif: pertama, penggunaan dua bahasa secara berangsur-angsur di Sekolah Vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolahsekolah ini akan secara berangsur-angsur dapat diserapkan ke dalam sistem persekolahan kebangsaan; kedua, menghadkan kadar masuknya murid-murid ke Sekolah jenis Kebangsaan Inggeris sepérti sediakala; ketiga, penubuhan pendidikan menengah vokasional." Selain menghadapi masalah kewangan, rancangan ini ditentang oleh kaum Cina yang sejak dulu lagi telah menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campurtangan pihak kerajaan.


 

Pada tahun 1955, pilihanraya umum yang pertama diadakan di Malaya dan Perlembagaan Persekutuan yang baru telah digubal. Menurut perlembagaan tersebut, sebahagian besar tanggungjawab pemerintahan dipindalikan kepada wakil-wakil rakyat yang terpilih. Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC telah menang dalam pilihanraya tersebut dan pada saat parti tersebut mengambilalih kuasa pemerintahan, masalah pendidikan dijadikan perkara terpenting yang perlu diselesaikan sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pada bulan September 1955, sebuah jawatankuasa telah dilantik oleh kerajaan dan dipengerusikan oIeh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Datuk Hussein yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Perkara-perkara berikut menjadi panduan tugas (terms of reference) jawatankuasa tersebut:


 

1. Untuk mengkaji dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang dan untuk mengusulkan sebarang pindaan.atau penyesuaian yang perlu, untuk membina sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat Persekutuan pada keseluruhannya serta dapat memuaskan keperluan-keperluan mereka dan memperkembang penyuburan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik mereka sebagai satu bangsa; serta untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sambil menjamin perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini.


 

2. Untuk mengkaji struktur pendidikan negara, termasuk peruntukan-peruntukan Ordinan Pelajaran, 1952, yang difikirkan perlu dipinda dan disesuaikan, dan langkah-langkah pelaksanaan yang terkandung dalam Council Paper tentang dasar pendidikan No. 67, 1954.


 

Jawatankuasa Pendidikan 1956 mengandungi lima belas orang anggota Majlis Perundangan yang mewakili ketiga-tiga kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Jawatankuasa tersebut telah bersidang sebanyak delapan kali di antara bulan September 1955 dan bulan April 1956. Sebelum sebarang keputusan dan usul dibuat, jawatankuasa ini, berdasarkan keputusan yang diambil pada mesyuarat yang pertama, telah meminta saranan-saranan dalam sebarang bahasa daripada orang-orang perseorangan, persatuan-persatuan dan badan-badan yang berminat serta daripada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk mengemukakan pandangan-pandangan mereka. Sebagai hasilnya, 151 memoranda telah diterima daripada badan-badan masyarakat, persatuan-persatuan dan orang-orang perseorangan. jawatankuasa ini telah juga mengundang wakil-wakil persatuan berikut untuk memberikan keterangan secara lisan:


 

1. Gabungan kesatuan Guru Melayu.


 

2. Kesatuan Kebangsaan Guru.


 

3. Kesatuan Guru Berijazah Malaya.


 

4. Wakil jemaah Pengurus Sekolah Cina dan guru-guru yang dilantik oleh j awatankuasa Pusat

Pendidikan Cina MCA.


 

5. Majlis Guru Sekolah Separa Bantuan, Malaya.


 

Sebelum kita membincangkan usul-usul yang dibuat olch jawatankuasa ini, perlu diingat bahawa usul-usul ini hendaklah diteliti daripada segi pertimbangan praktik dan juga pertimbangan jangka masa yang pendek, iaitu untuk jangka masa sepuluh tahun ygng akan datang. jangka masa ini dianggap sebagai zaman peralihan dalam pendidikan di Malaya. Sewaktu menegaskan tugas-tugas mereka, jawatankuasa ini mencadangkan bahawa untuk mencapai matlamat membina Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utamanya, usaha hendaklah dilaksanakan secara berangsur-angsur dan tidak boleh dijalankan dengan cara tergesa-gesa. jawatankuasa ini telah mengemukakan laporannya pada bulan April 1956 dan disambut baik oleh Majlis Perundangan serta masyarakat pada keseluruhannya. Laporannya dikenali sebagai Laporan Razak. Usul-usul pentingnya ialah seperti yang berikut ini:


 


 

Kementerian Pelajaran pada amnya akan bertanggungjawab terhadap dasar pendidikan seluruh Persekutuan, dan terutamanya akan bertanggungjawab terhadap pendidikan menengah, bersama-sama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dan (inter alia) terhadap pendidikan menengah atas, terhadap pendidikan teknik (selain sekolah-sekolah lanjutan kampung), terhadap latihan guru-guru serta pengelolaan peperiksaan. Kementerian ini akan juga bertanggungjawab terhadap kawalan dan pembayaran peruntukan, melalui Kerajaan-kerajaan Negeri kepada Penguasa Pelajaran Setempat (Local Education A uthorities) untuk pendidikan rendah.


 

Penguasa Pelajaran Setempat akan dibentuk dan diberi tanggungjawab yang agak luas terhadap pendidikan dasar. Seterusnya dicadangkan supaya Majlis Perbandaran, jemaah Bandaran, jemaah Luarbandar, Majlis Setempat dan badan-badan seumpamanya dijadikan Penguasa Pelajaran Setempat dengan mempunyai kuasa untuk mendapatkan tenaga kewangan, sama ada melalui cukai pelajaran atau apa jua cara yang sah. Lembaga-lembaga Pengelola dan jemaah-jemaah Pengurus sekolah-sekolah untuk sekolah menengah dan dasar akan dibentuk dan pemindahan kuasa pedidikan akan dilaksanakan secara besar-besaran dengan memberikan peluang yang banyak kepada masyarakat setempat untuk memberikan sumbangan mereka kepada pendidikan.


 

Di dalam sistem kebangsaan yang baru ini, keempat-empat sistern persekolahan pada peringkat dasar akan teras berjalan, dengan pindaan di dalam kurikulumnya, supaya dapat diorientasikan ke arab sifat-sifat kebangsaan. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini akan dipinda kepada dua kategori yang besar. Pertarna ialah Sekolah Umurn yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kedua ialah Sekolah jenis Umum yang menggunakan bahasa Kuo Yu atau bahasa Tamil atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Dalam semua sekolah ini, bahasa Melayu dan bahasa inggeris akan dijadikan matapelajaran wajib, sementara peluang akan diberikan kepada murid-murid untuk mempelajari bahasa mereka sendiri jika cukup jumlah murid yang hendak mempelajarinya. Misalnya, murid-murid Cina akan dapat mempelajari bahasa Cina di sekolah dasarjenis umum Inggeris jika mereka mahu.


 

Kami menyokong bahawa pengajaran bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil diberi kemudahan dalam semua sekolah dasar yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya daripada wang orangramai, apabila ibu bapa kepada lima belas orang murid dari mana-mana sekolah meminta supaya salah satu bahasa ini diajarkan.


 

Walau bagaimanapun, semua sekolah bolch termasuk ke dalam jenis Sekolah Persendirian atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Hanya Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja yang akan menerima bantuan daripada wang orang ramai tetapi kedua-dua jenis sekolah ini akan tertakluk kepada penyeliaan dan peraturan-peraturan am tentang sekolah-sekolah yang tergubal dalam undang-undang. Sekolah-sekolah ini akan juga tertakluk kepada kuasa Penguasa Pelajaran Setempat dan dikelolakan olch Jemaah-jemaah Pengurus atau Lembaga-Iembaga Pengelola. Untuk membentuk satu identiti yang sama di kalangan generasi akan datang yang berbilang kaum ini, pendidikan dianggap sebagai bidang yang paling sesuai untuk memupuk identiti tersebut. Oleh sebab itu, jawatankuasa ini mengusulkan satu sukatan pelajaran yang sama bagi sernua sekolah dasar, manakala buku-buku teksnya hendaklah berorientasikan kehidupan di Malaya.


 


 


 


 

Kami tidak dapat menyatakan keyakinan kami lebih tegas lagi bahawa penggunaan sukatan pelajaran yang sama bagi semga sekolah adalah keperluan yang penting untuk dasar pendidikan Malaya. Ini adalah bahan yang penting bagi membina bangsa Malaya yang bersatupadu. inilah kunci yang dapat membuka pintu yang selama ini terkunci dan menghalang satu. sistem pendidikan 'yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat Malaya pada keseluruhannya'. Apabila semua sekolah bergerak menggunakan sukatan pelajaran yang sama, tidak kira bahasa pengantar yang digunakannya, kami berpendapat bahawa negara telah mengambil langkah penting ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang akan dapat melaksanakan keperluan orangrarnai dan memperkembang penyuburan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik mereka sebagai satu bangsa.


 

Namun demikian, mempunyai sukatan pelajaran yang sama semata-mata tidaklah menjamin kejayaan usul Laporan Razak ini. Guru-guru perlu dilatih di bawah rancangan yang sama. Semasa jawatankuasa Razak merangka rancangan ini, terdapat kekurangan guru-guru terlatih bagi menjayakan rancangan tersebut. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa ini mengusulkan supaya guru-guru dalam semua jenis sekolah dasar mempunyai kelulusan minimum yang sama sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan 'sekurang-kurangnya tamat tiga tahun pendidikan menengah" dan mereka hendaklah menjalani latihan yang sama, sama ada di maktab-maktab ataupun di pusat-pusat latihan harian.


 

Guru-guru Sekolah Dasar Umum dan Sekolah Dasar jenis Umum, scharusnya telah mendapat pendidikan menengah selama tiga tahun (lihat perenggan 54). Memandangkan perlunya latihan sepenuh masa, sama ada di maktab-maktab ataupun di pusat-pusat latihan harian, sambil menyedari bahawa pelaksanaan dasar baru ini dengan segera adalah perlu, maka kami mengusulkan supaya tiap-tiap guru mendapat latihan sepenuh masa selama setahun diikuti dengan dua tahun latihan separuh masa. Kami yakin bahawa ini adalah kompromi yang terbaik di antara keperluan latihan sepenuh masa selama dua tahun dengan latihan sepenuh masa selama tiga tahun yang sedang berjaIan sekarang yang dianggap tidak menasabah.


 

Usul untuk pendidikan menengah menunjukkan aliran pemikiran yang sama, iaitu mengakui nilai sekolah-sekolah vernakular. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa yang wajib diajarkan di sekolah menengah, tetapi bahasa pengantarnya tidaklah semestinya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kerana tugas utama jawatankuasa ini ialah untuk mengemukakan usul-usul bagi membentuk sistem pendidikan kebangsaan, maka jawatankuasa ini mengusulkan pembentukan satu jenis sekolah rnenengah sahaja. Sekolah ini mestilah terbuka kepada kanak-kanak semua kaum melalui sistem pemilihan, serta rnempunyai sukatan pelajaran yang sama, sambil memberatkan kurikulum yang fliksibel untuk mempelajari bahasa-bahasa dan kebudayaan semua kaum.


 

Dengan kesedaran bahawa matlamat pendidikan menengah ialah untuk melatih warganegara yang taat setia dan mampu bekerja dan bahawa saIah satu fungsi utama pendidikan ialah untuk menggalakkan perkembangan kebudayaan-kebudayaan dan bahasa-bahasa masyarakat Malaya, maka kami mengusulkan bahawa matlamat pendidikan hendaklah membina satu jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, dengan murid-muridnya akan belajar untuk menempuh peperiksaan akhir yang sama; tetapi ada kemudahan untuk menjadikan kurikulunmya bersifat fleksibel, bagi membolehkan sekolah-sekolah atau sebahagian sekolah-sekolah menumpukan perhatian kepada segala bahasa dan kebudayaan ini.


 


 


 


 

Satu inovasi yang menarik perhatian ialah pembahagian pendidikan menengah kepada tiga peringkat, iaitu pendidikan menengah rendah, pendidikan menengah atas dan pendidikan pra-universiti. Sekolah Menengah Rendah yang akan memakan masa selama tiga tahun akan melayakkan murid-murid mendapat Sijil Rendah PeIajaran. Mereka yang lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan mendapat gred yang baik akan melanjutkan pelajaran selama dua tahun lagi untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaya, yang sama tarafnya dengan Sijil Cambridge Seberang Laut. Di kalangan yang terpilih murid-murid ini pula kemudian akan belajar dua tahun lagi di Tingkatan Enam untuk mendapatkan Sijil Tinggi Persekolahan yang akan melayakkan mereka memasuki universiti, sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Pendidikan Teknik akan juga dikembangkan. Sebahagian kanak-kanak yang meninggaIkan sekolah dasar akan diberi peluang untuk mengikuti kursus selarna dua tahun di Sekolah-sekolah Lanjutan Kampung.


 

Dengan hal yang demikian, maka terdapat empat peperiksaan yang besar dalam Sistem Sekolah Kebangsaan. Pertama ialah peperiksaan pemilihan di akhir peringkat sekolah dasar untuk melayakkan diri memasuki sekolah menengah..Kedua ialah peperiksaan pemilihan sesudah tamat tiga tahun di sekolah menengah, iaitu untuk sebilangan besar murid yang mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Peperiksaan ini membolehkan calon mencari pekerjaan manakala yang lulus dengan kepujian akan meneruskan pelajaran selama dua tahun lagi untuk melayakkan diri mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaya. Sebilangan besar mereka ini pula akan dapat mencan pekerjaan yang lebih baik jika dibandingkan dengan mereka yang berkelulusan Sijil. Rendah Pelajaran. Peperiksaan yang terakhir ialah Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan, untuk melayakkan diri masuk ke universiti.


 

Pengajaran bahasa Melayu telah diwajibkan bagi semua sekoIah dasar dan menengah. Tujuannya sebagaimana yang dinyatakan lebih awal iaIah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Oleh hal yang demikian, pelajaran ini perlu diajarkan dengan baik. jawatankuasa Razak berpendapat bahawa melatih guru bahasa Melayu sama mustahaknya dengan melatih guru matapelajaran yang lain. Untuk menjadikan proses latihan ini berkesan, perlu ada penyelidikan tentang pengajaran bahasa Melayu. Usul jawatankuasa ini tentang perkara tersebut telah menyebabkan terbentuknya Maktab Perguruan Bahasa. Fungsinya ialah untuk melatih guru bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan terhadap bahasa-bahasa di Malaya dan pengajarannya. Walau bagaimanapun, oleh sebab usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan tugas utama, maka dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut supaya tugas menjalankan penyelidikan terhadap bahasa-bahasa di Malaya ini ditangguhkan dahulu. Serentak dengan ini, langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mendirikan Dewan Bahasa dan Pustaka di Persekutuan Tanah Melayu, supaya institusi tersebut dapat bekerjasama dengan Maktab Perguruan Bahasa untuk memperkembang dan menggalakkan pengajian bahasa Melayu.


 

Sementara itu, bagi menjamin kelicinan perkhidmatan pendidikan, jawatankuasa ini mengusulkan supaya semua guru dikelolakan dalarn satu perkhidmatan profesional. Peringkat masuk ke dalam perkhidmatan disesuaikan dengan kelayakan dan pengalaman. Peluang naik pangkat di dalarn perkhidmatan ataupun pengarnbilan ke dalarn pentadbiran pendidikan akan terbuka kepada semua. Hal ini akan menghasilkan pentadbiran yang sihat dan membolehkan terlaksananya kerjakerja yang lebih berkesan di sekolah-sekolah. Sambil itu, jawatankuasa ini mengusulkan juga pembentukan Nazir Persekutuan yang bebas dan bertanggungjawab secara terus kepada Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir ini ialah melawat dan rnenyelia semua jenis sekolah dan memberikan bimbingan profesional kepada guru-guru.


 


 


 

Itulah usul-usul penting yang telah membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan di Malaya sebelum tercapainya kemerdekaan. Walau apapun kelemahan yang terdapat pada usul-usul ini, perubahan-perubahan ini dapat diterima jika dilihat sebagai satu rancangan untuk menggunakan kemudahan negara yang begitu terhad sepenuhnya. Di dalam Laporan Razak ini, sekatan terhadap pendidikan menengah difikirkan menasabah dengan alasan bahawa tidak semua murid akan mendapat faedah daripadanya.


 

Kami berpendapat bahawa hanya sebahagian saja murid sekolah yang mempunyai kemampuan intelek untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada pendidikan menengah. Kami berpendapat bahawa fakta ini patut diakui olch umum. Walau apapun desakan dewasa ini untuk mendapat latihan sekolah menengah, satu kenyataan yang jelas ialah bahawa kadar murid yang terjumlah ke dalam kategori kecerdasan yang tinggi sentiasa tetap dan jumlah mereka yang akan mendapat faedah sepenuhnya daripada pendidikan menengah atau pendidikan universiti adalah terhad. Oleh hal yang demikian, menambahkan kadar murid-murid untuk dihantar ke sekolah-sekolah menengah, selain mereka yang dapat niemperolehi faedah daripada pendidikan tersebut, ataupun untuk menampung semua murid rnasuk ke sekolah menengah setelah tamat tiga tahun pendidikan menengah adalah membazir.


 

Kenyataan di atas tidaklah melibatkan pendidikan di Sekolah Lanjutan Kampung. Alasan-alasan yang diberikan dalam kenyataan di atas mungkin dianggap ganjil pada zaman ini oleh rnereka yang memahami konsep demokrasi Barat tentang pendidikan menengah untuk semua. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa aliran pemikiran sedemikian terdapat juga di England ketika itu. Ternyata bahawa pemimpin-pemimpin Malaya dan juga perancang-perancang pendidikan yang telah menerima didikan mereka dari tempat-tempat seperti Oxford dan Cambridge tidak berbuat sesuatu untuk mengurangkan pengaruh Inggeris yang telah bertapak di negara ini. Ada juga di kalangan mereka yang membahaskan bahawa jika pelajar-pelajar tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada pendidikan menengah yang disediakan, maka kesaIahannya terletak pada sistem pendidikan, dan bukan pada murid-murid itu. Mereka seterusnya membahaskan bahawajenis pendidikan menengah perlulah dipinda untuk disesuaikan dengan murid-murid, dan dengan cara ini tidak seorang pun murid yang tidak akan mendapat faedah dengan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah. Walau bagaimanapun, sesuatu masyarakat itu berhak merancang sistem pendidikannya sendiri untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi dengan sepenuhnya.


 

Perancangan yang baik biasanya mengandungi dua unsur pendidikan dasar untuk semua supaya tiap-tiap individu akan menjadi warganegara yang taat setia dan pendidikan profesional untuk mereka yang pekerjaannya memerlukan pengetahuan lebih banyak daripada pengetahuan yang didapati dari sekolah dasar. Dalam masyarakat yang bertamaddun, unsur yang ketiga boleh disertakan, iaitu pendidikan lanjutan untuk semua, supaya pekerja-pekerja dan pemimpin-pemimpin serta orang-orang profesionaI akan membentuk persefahaman dan simpati di antara satu dengan yang lain.... Sesuatu masyarakat akan mendapat faedah apabila kebolehan anggota-anggotanya disuburkan sepenuhnya dan sebahagian daripada mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi memerlukan pendidikan yang lebih panjang masanya serta pendidikan yang sepenuhnya sebelum tercapainya peringkat ini.


 


 


 


 


 


 


 

Sementara sekatan terhadap pendidikan menengah dan peraturan penapisan yang berbagai-bagai corak ini dapat dipertahankan sebagai satu cara yang terbaik untuk membolehkan penggunaan kemudahan yang terhad serta satu cara yang baik bagi pemilihan murid-murid tetapi segala usaha hendaklah juga diambil untuk mengatasi segala kekurangannya. Janji yang terdapat dalam Laporan Razak untuk menambah kelas maIam bagi belia serta orang dewasa adalah satu cara untuk rnengatasi masalah pertama tersebut, iaitu sekatan terhadap pendidikan menengah.


 

Isu yang kedua tentang penapisan adalah masalah yang lebih rumit, kerana penapisan ini bergantung kepada keputusan peperiksaan, kaedah hafalan dan halangan-halangan yang terdapat dalam kurikulum yang tidak dapat dielakkan. Cara-cara pemilihan dan penapisan perlulah diubah dan sentiasa tertakluk kepada eksperimen. Kriteria untuk pemilihan hendaklah jangan terhad kepada faktor-faktor seperti pencapaian dalam ujian kecerdasan, dalam ujian kira-kira dan ujian bahasa Inggeris sahaja. Dalam pada itu, pemilihan hendaklah jangan diserahkan kepada beberapa orang sahaja untuk memutuskannya. Peraturan yang berbagai-bagai corak adalah satu dasar yang baik dalam pendidikan. Sambil itu, sistem sekolah persendirian yang baik adalah jalan keluar yang tepat, sebagai satu cara untuk mengelakkan cara pemilihan yang lemäh di dalam sistem kebangsaan ataupun sebagai satu cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam mana-mana sekolah kebangsaan.


 

Dua persoalan telah timbul ketika Laporan Razak ini dikemukakan kepada Majlis Perundangan, iaitu berkaitan dengan masalah kemudahan yang terhad. Adakah negara mampu membiayai rancangan ini dan adakah kemungkinan Laporan Razak ini menghadapi nasib yang sama dengan Ordinan Sekolah-sekolah Kebangsaan tahun 1952. Anggaran Belanjawan bagi Rancangan Razak daripada tahun 1956-60 ternyata lebih banyak daripada peruntukan semula yang diberikan dalam. Kertas Putih 1954, mengikut kemampuan negara. Belanjawan ini meningkat bagi tahun 1957-60 daripada 160 juta ringgit kepada 203 juta ringgit sedangkan belanjawan yang sebenarnya dalam tahun 1956 dipercayai tidak akan melebihi 130 juta ringgit. Anggaran-anggaran ini mungkin menggemparkan, tetapi ada beberapa faktor yang memberikan peluang kepada Rancangan Razak ini mencapai kejayaan.


 

Pertama, rancangan ini direka oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan setakat ini telah mendapat sokongan yang lebih menggalakkan jika dibandingkan dengan rancangan Sekolah-sekolah Kebangsaan yang diusulkan olch Laporan Barnes. Hal ini memberi peluang untuk mendapat sumber kewangan melalui Penguasa Pelajaran Setempat, misalnya. Di bawah Rancangan Razak, sekolah-sekolah dasar lebih baik kedudukannya daripada sekolah Melayu, Cina dan Tamil yang ada pada ketika itu, tetapi tidak begitu menelan belanja yang banyak seperti sekolah dasar Inggeris dan jumlah perbelanjaan lebih kurang daripada yang dirancangkan di bawah Akta 1952. Walaupun akan terdapat kekurangan wang, rancangan ini masih dapat dilaksanakan secara terhad kerana rancangan tersebut mengusulkan satu sistem kebangsaan yang merupakan pembaikan daripada sistem yang sedia ada. Maksudnya, se kolah yang sedia ada akan dipinda dan diperbaiki dan bukan diganti dengan yang baru. Sambil itu, standard sekolah dasar mengikut sistem yang baru ini tidak akan lebih rendah daripada standard sekolah dasar Inggeris yang ada ketika itu. Hal ini terjadi mungkin kerana pembaruan kaedah latihan perguruan. Lebih besar jumlah pelatih yang akan dipilih, lebih-lebih lagi apabila pendidikan sedang bergerak maju sesudah Peperangan Dunia Kedua. Kelulusan minimum bagi pelatih-pelatih tidak akan kurang daripada mereka yang mengajar di sekolah Inggeris.