MENYAMBUNG.

Penyambungan logam boleh dilakukan dengan pelbagai cara samada kekal ataupun semantara. Sambungan sementara ialah sambungan yang menggunakan pengikat berulir skru kerana ia boleh dipidahkan dengan mudah. sambungan separa kekal pula ialah sambungan dengan menggunakan kaedah pengaloian logam penambah dengan logam yang hendak disambung. Contoh bagi sambungan ini ialah sambungan pateri lembut dan pateri keras. Sambungan ini boleh dipisahkan dengan meleburkan semula bahan penambah. Sambungan kekal pula dilakukan dengan menggunakan haba yang tinggi untuk meleburkan logam yang hendak disambung. Contoh sambungan dengan kaedah ini ialah sambungan kimpalan gas dan sambungan kimpalan arka. Kaedah ini merupakan kaerdah sambungan kekal.

PENGIKAT.

Pengikat digunakan untuk menggabungkan atau mengikat dua atau lebih kompenen logam secara semantara. Contoh pengikat yang lazim digunakan ialah Bol, Skru, Stad, dan nat.

BOL.


STAD

NAT

Nat Heksagon Beralur.

Nat ini digunakan bersama-sama satu cemat belah.cemat belah ini akan dipasang pada hujung bold atau aci yang berulir. Selepas nat diskru cemat boleh dipasang di salah satu alur dan kakinya menembusi lubang alur tersebut. Nat jenis ini biasanya digunakan untuk mengikat roda dan galas roda.

Nat Kota.

Nat kota adalah pengubahsuaian nat heksagon beralur. Nat ini terdiri daripada satu rim beralur di atas heksagon. Pengunaannya adalah sama dengan nat heksagon beralur. Kaki cemat belah dibengkokkan mengikut permukaan lengkung rim untuki menjadikannya lebih selamat.

Nat Pengunci

Nat pengunci madalah nat heksagon yang nipis. Nat ini digunakan sebagai pengunci nat heksagon. Nat dipasang dahulu kemudian diikuti satu nat heksagon. Nat pengunci kemudian diputarkan balik sedikit supaya mengunci nat heksagon.

SKRU

Skru set.

Skru set atau skru gerab adalah skru yang lazim digunakan untuk mencegahpergerakan diantara dua kompenen logam. Skru set dimasukkan melalui lubang berulir pada kompenen pertama dan hujungnya menekan kompenen kedua. Skru ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian penggunaanya.terdapat dua jenis skru yang tidak berkepala iaitu skru set beralur dan skru set kepala allen yang diputarkan dengan kunci allen.

 

SESENDAL.

Sesendal digunakan untuk beberapa tujuan dalam pemasangan pengikat iaitu:

Antara jaenis sesendal yang biasa digunakan ialah:

  1. Sesendal rata

  2. Sesendal spring.

  3. Sesendal bintang

  4. Sesendal tirus

SESENDAL RATA.

Sesendal ini berbentuk piring nipis yang rata dan berlubang di bahagian tengahnya. Ia digunaka untuk mencegah kerosakan permukaan logam yang lembut apabila pengikat diketatkan. Ia mencegah nat daripada longgar dengan cara mengagihkan beban pada permukaan yang lebih luas.

 

SESENDAL SPRING.

Sesendal spring ialah satu lilitan spring helik yang dikeraskan kedua-dua hujungnya ditajamkan dan dikeraskan. Apabila nat diketatkan satu hujung akan menikam dan masuk permukaan bawah nat dan satu lagi akan masuk permukaan kompenen yang hendak diikat. Pemasangan sesendal in adalah untuk mengelakkan nat menjadi longgar tetapi permukaan komponen akan cacat sedikit.
 

SESENDAL BINTANG.

Sesendal ini diperbuat daripada keluli yang dikeraskan. Giginya akan menikam permukaan bawah nat, kepala skru atau kepala bol yang hendak diketatkan.

Sesendal ini biasanya digunakan untuk pemasangan yang cepat. Batang skru dimasukkan dalam sesendal bintang sebelum ulir dibuat.ulir yang dibuat akan mengembang dan sesendal yang telah dimasukkan tidak boleh dikeluarkan.pemasangan ini dikenali sebagai skru dan sesendal pra-pemasangan.

SESENDAL TIRUS.

Terdapat juga permikaan condong pada permukaan mesin yang hendak diikat, maka sesendal tirus digunakan untuk menyesuaikan kepala skru atau bol nat.

KAEDAH MENCEGAH NAT DARIPADA MENJADI LONGGAR.

Selain menggunakan sesendal, nat pengunci nat heksagon dan sebagainya untuk mencegah nat daripada menjadi longgar, kaedah lain untuk mencegah ikatan nat ini daripada menjadi longgar ialahdengan menggunakan sesendal tab, plat kunci dan dawai pengunci.

PENGGUNAAN SESENDAL TAB.

Sesendal tab sesuai untuk digunakan di tepi benda kerja. Sesendal ini diletakkan di bawah nat, satu kakinya dibengkokkan ke muka benda kerja dan satu lagi dibengkokkan di tepian nat.

PENGGUNAAN PLAT KUNCI.

Plat logam nipis yang mepunyai sebahagian daripada lubang heksagon ganda dipasang ke nat heksagon. Plat ini kemudian ditetapkan di komponen utama oleh satu skru.

PENGGUNAAN DAWAI PENGUNCI.

Dawai pengunci digunakan untuk megunci sepasang skru atau bolt. Seutas dawai dipasang memalui lubang kecil di atas skru atau bolt, ditarik tegang dan dipulas dengan menggunakan pelayar.

 

MERIVET.

Rivet merupakan alat mengikat kekal yang dibuat daripada logam. Rivet sering digunakan dalam pembinaan kapal dan dandang.merivet pula meupakan proses menyambung dua atau lebih kepingan logam. Proses ini memberikan ikatan dan sambungan yang kuat.

 

MERIVET DIGUNAKAN KERANA.


 


  

 


 

 

BAHAN.

Rivet diperbuat daripada bahan yang mempunyai sifat tempa yang baik. Biasanya untuk kerja pembinaan yang berat seperti pembinaan jambatan dan dandang, rivet keluli digunakan. Untuk kerja ringan rivet tembaga, loyang atau aluminium digunakan.
 

JENIS KEPALA RIVET

Rivet diketogerikan mengikut kepalanya. Saiz rivet pula ditentukan mengikut panjang dan diameter batangnya. Antara bentuk kepala yang biasa ialah:

Set Rivet

Set rivet digunakan untuk merapatkan plat dan membentuk kepala rivet kepala bulat. Set rivet diperbuat daripada keluli alat dan panjangnya adalah diantara 100 mm – 150 mm. Pada bahagain bawah terdapat satu lubang kcil dan menembus ke tepi set rivet. Setelah rivet telah dimasukkan ke dalam lubang telah digerudi pada plat. Hujung batang yang terkeluar dari plat dimasukan ke dalam lubang kecil tersebut. Dan set rivet diketuk untuk merapatakan plat.serpihanyang terhasil semasa proses merapatkan plat dikeluarkan melalui bahagian lubang kecil yang menembusi bahagian satu lagi lubang yang berbentuk cengkung dan cetek fungsi bahagian ini untuk membentuk kepala bulat.

KAEDAH MERIVET.

Merivet boleh dilakukan dengan dua cara iaitu merivet panas dan merivet sejuk.

MERIVET PANAS.

Setelah rivet dimasukkan ke dalam lubang komponen kami hujung rivet tersebut dipanaskan ke suhu tempa supaya kepala rivet dapat dibentuk dengan bantuan haba. Merivet pana memberikan beberapa kelebihan iaitu ikatan adalah lebih kuat.

 

MERIVET SEJUK.

Peroses merivet sejuk dilakukan dalam keadaan suhu bilik. Dalam proses merivet sejuk rivet tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.


 

Laman Utama