Make your own free website on Tripod.com
 

TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

 

 

 

 

MESIN LARIK

 

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM MESIN PELARIK

 

 

 

Dalam mesin larik terdapat banyak bahagian mesin yang memainkan peranannya masing-masing. Antara bahagian yang penting ini ialah:

 

 

 

  1. Landasan

 

-         diperbuat daripada besi tuang yang bermutu tinggi.

-         Bahagian-bahagian utama mesin seperti alatan hadapan, kereta dan alatan belakang terletak di atas landasan.

-         Terdapat 2 jenis bentuk landasan :

a)     landasan vee, untuk mesin-mesin yang kecil dan sederhana saiznya.

b)     Landasan rata, untuk mesin-mesin yang besar yang melarik kerja-kerja berat.

-         landasan mesin pelarik dibuat dengan jitu dan dikeraskan permukaannya supaya boleh menahan haus.

 

 

 

  1. Alatan Hadapan

 

-         ia terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik.

-         Bahagian ini mengandungi takal atau rangkaian gear yang memutarkan spindal utama.

-         Alatan hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak akan diperoleh.

-         Alatan hadapan bertakal cuma memperoleh 6 hingga 8 rangkaian kelajuan dan apabila terkena minyak, takal akan tergelincir.

-         Stok kepala pada mesin larik turret atau kapstan dilengkapi dengan kotak gear cantum malar; iaitu gear-gearnya sentiasa bercantuman, dan kelajuan spindelnya sama ada ke hadapan atau terbalik boleh ditukarkan tanpa memberhentikan mesin terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan bantuan klac.

-         Ada pula mesin yang tidak langsung menggunakan system gear. Dalam kotak stok kepala itu dipasangkan motor arus ulang-alik dan aci pemutar bagi motor tersebut dijadikan spindel stok kepala. Motor tersebut menerima bekalan elektrik 400V, 3-fasa 50-kitar. Perubahan kelajuan spindel dilakuakn dengan kaedah suis yang dihubungkan kepada tuil penukar kelajuan. Perubahan kelajuan akan berlaku apabila bilangan kutub magnet dalam pemegun motor diubah.

-         Mesin larik capstan yang kecil mempunyai motor berkelajuan tinggi.

-         Mesin yang lazim digunakan di bengkel mempunyai 12 kadar kelajuan spindel yang diperoleh dari motor dua kelajuan; kelajuan rendah dari 200 psm hingga 900 psm, dan kelajuan tinggi dari 600 psm hingga 2700 psm.

-         Bagi mesin turret yang besar, bilangan kadar kelajuan spindel biasanya lebih banyak dan ada mesin yang mempunyai 16 kelajuan spindel. Tetapi, oleh kerana mesin berukuran demikian sesuai untuk membuat komponen yang lebih besar, julat kelajuan mesin adalah lebih kecil; iaitu dari kelajuan 12 psm hingga 500 psm.

 

 

 

  1. ALATAN BELAKANG.

 

-         ia terletak di atas sebelah kanan landasan.

-         Digunakan untuk menahan komponen-komponen yang panjang dan tapaknya boleh dikunci di atas panjang landasan keseluruhan.

-         Alatan belakang terdiri daripada 2 bahagian utama:

a)     tapak di mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat.

b)     Pada badan alatan belakang terdapat satu spindal yang memperoleh penirusan dalam piawai Morse. Gerudi, pelulas dan alat-alat lain yang bertangkai tirus boleh dipasang pada spindal tersebut.

 

 

  1. KERETA

 

-         ia terdiri daripada sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung.

-         Selanya berbentuk huruf H dan boleh bergerak di atas landasan.

-         Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela.

-         Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung yang terletak di atas kekesot lintang.

-         Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan yang pendek.

-         Keseluruhan bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan tangan.

-         Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata alat boleh dilaraskan dengan tepat.

 

 

 

 

  

  1. TIANG MATA ALAT.

 

-         fungsi tiang mata alat ialah untuk memegang mata pemotong dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan.

-         Terdapat 4 jenis tiang mata alat :

 

 

 

a)     Tiang Mata Alat Amerika

 

      mudah dilaraskan dengan mata alat.

      Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan supaya mata alat boleh dilaras dengan mudah.

      Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat , ini boleh menyebabkan mata alat terkeluar jika tidak diikat dengan kuat.

 

b)     Tiang Mata Alat Indeks

 

      boleh memegang 4 jenis mata alat dengan serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi tanpa berhenti dan menukar mata alat.

      Ia boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagangdn memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.

 

c)     Tiang Mata Alat Tungal

 

      Cuma boleh memegang satu mata alat sahaja dengan diikat oleh dua skru.

       digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat.

       juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat.

 

 

d)     Tiang Mata Alat Tukar Cepat

 

      digunakan pada mesin NC dan CNC yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.

      Pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang pada tiang mata alat jenis ini.

 

 

  1. PESAWAT PENGANTAR

 

-         rangkaian gear dari spindal utama menyambungkan gear penggerak yang dipasang pada sebelah kotak gear.

-         Dalam kotak gear terdapat beberapa susunan gear yang boleh dipadankan supaya mencapai kadar penghantaran yang tertentu.

-         Biasanya skru pemandu mempunyai benang acme dan meliputi sepanjang landasan mesin.

-         Skru pemandu digunakan untuk memotong ulir skru pada mesin pelarik .

-         Apabila skru pemandu yang berputar dicengkam dengan nat belah dalam apron, kereta akan bergerak mengikut jarak yang telah ditentukan dalam kotak gear.

 

 

 

 

 

 

 

SAIZ MESIN PELARIK

 

  

  1. Ditentukan dengan cara :

-         hayunan (garis pusat besar sekali yang boleh dilarik tanpa mengena landasan)

-         panjang landasan (ukuran linear panjang keseluruhan landasan)

-         tinggi tetengah ( jarak antara paksi mesin dan landasan mesin)

-         jarak antara tetengah (ukuran linear bendakerja yang terpanjang yang boleh dipegang antara tetengah)

 

  1. mesin pelarik diperbuat dalam berbagai-bagai saiz.

 

  1. hayunan mesin pelarik yang diperbuat ialah antara 220 mm hingga 750 mm.

 

  1. jarak antara tetengah-tetengah ialah antara 450 mm hingga 3050mm.

 

 

 

 
 
 

 

Teknologi Bengkel Mesin