Make your own free website on Tripod.com

 

TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

 

 

 

PEMEGANG BENDA KERJA

 

  1. JENIS ALAT PEMEGANG

a)     benda kerja boleh dipegang pada mesin pelarik dengan berbagai cara dan jenis alat pemegang yang berlainan, iaitu :

      cuk 3 rahang

      cuk 4 rahang

      antara 2 tetengah

      cuk kolet

      piring permukaan

      mandrel

 

 

 

i)                    Cuk 3 Rahang

-         memegang bahan-bahan yang bulat sahaja.

-         Rahang-rahang di cuk ini dikuasai oleh gear tirus yang digerakkan oleh ulir tatal (scroll).

-         Dua set rahang di bekalkan untuk setiap cuk kerana bentuk ulir tatal tidak membolehkan rahang di terbalikkan.

-         Apabila benda kerja dikunci di dalam cuk ini, ketiga-tiga rahang akan bergerak sekata dan memusatkan benda kerja.

ii)                  Cuk 4 Rahang

-         memegang benda kerja yng bulat, persegi atau bentuk yang tidak sama rupanya.

-         Setiap rahang cuk ini bergerak bebas dan boleh juga diterbalikkan.

-         Pada muka cuk ini terdapat lengkung-lengkung sepusat yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memusatkan benda kerja.

-         Lebih kukuh dan komponen-komponen yang telah dimesin terlebih awal dahulu boleh dilaraskan kembali dengan lebih jitu.

iii)                Antara 2 Tetengah

-         benda kerja boleh ditanggalkan dan diletakkan kembali tanpa pelarasan lagi.

-         Komponen-komponen yang panjang boleh dilarik dengan bantuan sangga tetap atau sangga bergerak.

-         Tetengah yang dipasang di spindal alatan hadapan di kenali sebagai tetengah hidup.

-         Tetengah yang dipasang pada spindal alatan belakang dikenali segabai tetengah mati.

 

  1. MUNCUNG SPINDAL UTAMA

 

a)     jenis muncung spindal utama mesin amat penting pada sebuah mesin pelarik.

b)     Semasa hendak memesan cuk atau alat tambah yang akan dipasang pada spindal utama, perlu disebutkan jenis muncung spindal utama.

c)      4 jenis muncung spindal :

1.      muncung jenis Amerika

2.      muncung jenis berulir

3.      muncung jenis Kam-Lock

4.      muncung jenis kolet

 

 
 

Back to top