Peranan ICT dalam Pendidikan

 

 

Laman Utama

Aplikasi E-Learning dalam Pendidikan

Pendidikan ICT masa kini.

 

 

 

PENDAHULUAN

 

Kajian Persepsi Masyarakat Terhadap Kesan dan Impak ICT dalam Kehidupan

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang abru diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat iainya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti kemudahan untuk mendapatkannya, kecanggihannya, manfaat yang boleh diperolehi darinya dan sebagainya. Justeru penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga sama dengan penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi, yakni ianya dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap teknologi baru tersebut. Lebih jelas lagi, persepsi masyarakat terhadap ICT merupakan factor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk menerima atau menolak teknologi ini. Kajian ini cuba menyingkap persepsi masyarakat Malaysia terhadap ICT berdasarkan pendapat mereka mengenai kesan dan impak daripada penerimagunaan ICT dalam masyarakat. Secara umumnya kajian ini mendapati 13.7% daripada responden mempunyai persepsi yang negatif terhadap ICT sementara 18.6% berpendapat sebaliknya. Namun begitu, peratusan neutral yang tinggi (67.7%) memberikan suatu gambaran bahawa msyarakat Malaysia masih belum pasti akan kesan dan impak ICT terhadap kehidupan mereka. Barangkali ini kerana teknologi ini masih terlalu baru dan belum sempat menular dengan meluas dalam masyarakat. Malah dari sejumlah responden yan gpernah menggunakan komputer, 9.8% mempunyai persepsi negatif terhadap ICT berbanding hanya 21.2% yan gmempunyai persepsi positif. Peratusan neutral masih lagi tinggi iaitu 69.1%. Anehnya dari kalangan mereka yang memiliki komputer di rumahpun, sejumlah 10.7% mempunyai persepsi negatif terhadap ICT berbanding 22.4% yang mempunyai persepsi positif dan 66.9% neutral. Walau bagaimanapun peratusan yang mempunyai persepsi positif jauh lebih tinggi dari yang negatif di kalangan yang mempunyai komputer yang disambung internet, pernah dilatih atau mengikuti kursus komputer, berpendapatan yang melebihi RM3000.00 sebluan dan berpendidikan yang lebih tinggi (sehingga ke IPT). Kajian ini juga mendapati peratusan persepsi negatif yang semakin meninggi dengan pertambahan kategori umur (9.2% bagi di bawah 20 tahun, 9.5% bagi 20-29 tahun, 16.2% bagi 30-39 tahun, 16.8% bagi 40-49 tahun, 26.3% bagi 50-54 tahun dan 24.6% bagi 55 tahun ke atas). Ini menunjukkan perkembangan yan gmenarik kerana didapati golongan muda mempunyai persepsi yang lebih positif kepada ICT. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa golongan ini akan lebih bersedia menerimaguna teknologi baru ini dalam kehidupan mereka di masa hadapan.

 

 

Pemilikan dan Penggunaan ICT Di Kalangan Masyarakt Malaysia:
 

Antara Dorongan dan Halangan. 

Masyarakat Malaysia masa kini telah didedahkan kepada ICT melalui media massa dan juga komunikasi antara perseorangan. Tetapi apakah tanggapan mereka terhadap perkara-perkara yang mendorong mereka menggunakan ICT dan sebaliknya menghalang mereka daripada memiliki ICT? Kertas ini bertujuan membincangkan perkara-perkara tersebut di samping menentukan perbedaan di antara kawasan, bangsa, pendapatan dan pekerjaan yang mungkin menyebabkan perbedaan tanggapan terhadap dorongan penggunaan dan halangan pemilikan ICT. Data dikumpul menggunakan borang temubual dari 2015 responden yang mewakili kawasan utara, selatan, timur Semenanjung Malaysia dan juga Lembah Klang. Data dianalisis menggunakan SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratus, dan khi kuasa dua untuk melihat perbedaan di antara responden. Di antara perkara yang mendorong penggunaan ICT ialah keperluan pendidikan, urusan kerja, dan mendapatkan maklumat semasa. Bagi mereka yang tidak memiliki ICT, perkara-perkara yang menghalang pemilikan ialah harga mahal, memerlukan kemahiran yang tinggi, meningkatkan perbelanjaan, dan sukar untuk dipelajari. Selain itu terdapat perbedaan di antara responden luar Bandar dan Bandar; bangsa; pendapatan, dan kategori pekerjaan, dari segi dorongan keperluan pendidikan. Bagi mereka yang tidak memiliki ICT terdapat perbedaan dari segi halangan kerana harga yang mahal mengikut bangsa dan pendapatan.Oleh itu bagi menggalakkan penggunaan komputer masyarakat perlu diberikan maklumat yang jelas tentang ICT kerana tanggapan mereka tentang penghalang kepada pemilikan ICT adalah kurang tepat. Masyarakat perlu didedahkan kepada kepentingan ICT dalam kehidupan mereka terutamanya dalam menghadapi alaf baru.

 

 

Pengetahuan dan Pendedahan Mengenai ICT di Kalangan
Masyarakat Bandar dan Luar Bandar

Pengetahuan mengenai ICT adalah sangat penting bagi menentukan ahli masyarakat terlibat dalam usaha negara mewujudkan masyarakat bermaklumat. Dengan pengetahuan dan pendedahan mengenai ICT masyarakat akan bersedia menggunakan teknologi berkenaan akan kehidupan harian. Kajian ini melihat perbandingan taraf pengetahuan dan pendedahan ICT antara masyarakat bandar dan luar bandar serta antara mereka yang berpendapat rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian mendapati lebih 80% responden bandar dan luar bandar pernah mendengar perkataan ICT dan dengar kempen mengenai ICT. Bagi konsep masyarakat bermaklumat tidak sampai separuh dari masyarakat bandar dan luar bandar mengetahuinya. Hasil kajian juga mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara masyarakat bandar dan luar bandar dari segi pendedahan kepada ICT. Perbandingan pengetahuan dan pendedahan mengenai ICT mengikut pendapatan responden mendapati golongan yang berpendapatan tinggi lebih terdedah dan mengetahui mengenai ICT dan kempen ICT. Begitu juga peratus mereka yang berpendapatan tinggi lebih mengetahui mengenai konsep masyarakat bermaklumat. Terdapat perbezaan yang signifikan tentang pendedahan dan pengetahuan mengenai ICT di antara kumpulan yang berpendapatan tinggi dan rendah. 

 

Kembali ke atas